Analisis faraid
Kenal pasti siapa waris anda dan bahagian masing-masing, sebagai asas kepada setiap perancangan.
Saya bantu keluarga Muslim merancang harta melalui faraid, hibah, wasiat dan amanah, supaya apa yang anda tinggalkan sampai kepada orang yang anda sayang dengan tenang dan patuh syariah.
Syairah Sulaiman, daie terlatih
Perunding berdaftar Wasiyyah Shoppe Berhad, Kausar Group
Assalamualaikum, saya Syairah. Saya daie terlatih dan perunding berdaftar Wasiyyah Shoppe Berhad di bawah Kausar Group, berkhidmat sejak Julai 2026.
Sebelum menjadi perunding, saya sendiri pelanggan Wasiyyah sejak 2020. Saya mengambil dana pengurusan pusaka kerana terlalu kerap mendengar cerita harta arwah yang beku bertahun-tahun. Waris tak tahu di mana hendak bermula, dan tiada dana untuk menguruskannya.
Saya tak mahu waris saya melalui perkara yang sama. Bila tiba masanya, saya mahu mereka ada dana dan ada orang yang membantu.
Dari situ, minat saya terhadap ilmu pewarisan semakin mendalam. Saya sedar ramai lagi keluarga Muslim yang belum bersedia, bukan kerana tak peduli, tetapi kerana belum ada yang menerangkan. Sebab itu saya menyertai bidang ini: supaya seramai mungkin umat Islam dapat merancang harta lebih awal, dengan tenang dan betul.
Setiap keluarga berbeza. Kita mula dengan memahami situasi anda, kemudian pilih instrumen yang sesuai.
Kenal pasti siapa waris anda dan bahagian masing-masing, sebagai asas kepada setiap perancangan.
Berikan harta kepada yang tersayang semasa hayat, termasuk rumah, tanah dan simpanan, secara sah dan patuh syariah.
Lantik wasi dan nyatakan hasrat anda dengan jelas, supaya urusan selepas ketiadaan anda berjalan lancar.
Bantu waris menuntut dan membahagikan harta si mati, dari dokumen pertama hingga harta diterima.
Struktur amanah untuk penerima yang perlu dilindungi, seperti anak kecil atau ahli keluarga OKU.
Rancang siapa yang akan meneruskan perniagaan anda, tanpa mengganggu operasi harian.
Perancangan harta bukan urusan sekali jalan. Ini cara saya bersama anda dari mula hingga bertahun kemudian. Nak mula sendiri dulu? Cuba kalkulator faraid untuk kenal pasti waris dan risiko keluarga anda.
Perbualan percuma untuk saya faham keluarga, harta dan apa yang anda risaukan.
Anda terima gambaran faraid, kedudukan harta dan risiko yang perlu ditangani.
Dokumen disediakan dan akad dilaksanakan mengikut prosedur Wasiyyah Shoppe.
Hidup berubah: kahwin, anak baru, beli rumah. Kita semak semula pelan anda bila perlu.
Wasiyyah ialah syarikat amanah yang beroperasi di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, dan dokumen anda disediakan mengikut garis panduan panel syariahnya.
Hibah ialah pemberian harta semasa anda masih hidup, dan boleh diberikan kepada sesiapa termasuk waris. Wasiat pula berkuat kuasa selepas kematian, terhad kepada satu pertiga harta, dan wasiat kepada waris memerlukan persetujuan waris lain.
Faraid menentukan bahagian setiap waris, tetapi tidak menyelesaikan semua isu. Contohnya rumah yang masih didiami balu, anak kecil yang belum boleh urus harta, atau harta yang perlu dibekukan sementara pusaka diuruskan. Perancangan awal membantu keluarga dalam situasi begini.
Tidak. Sesi pertama untuk memahami situasi anda dan membuat analisis faraid adalah percuma, tanpa sebarang komitmen.
Kedua-duanya boleh. Konsultasi boleh dibuat dalam talian melalui WhatsApp atau panggilan video, atau bersemuka mengikut lokasi dan keselesaan anda.
Boleh. Saya boleh bantu anda memahami langkah tuntutan harta pusaka, dokumen yang perlu disediakan dan pihak yang perlu dihubungi.
Isi borang ini dan WhatsApp akan dibuka dengan mesej yang sudah lengkap. Saya akan balas untuk atur sesi analisis faraid percuma anda.